suria

Dewa 19 tampil dengan aplikasi muzik, boleh karaoke dan muat turun lagu eksklusif

Ahmad Dhani tampil dengan idea baru menghasilkan aplikasi karaoke buat Baladewa.

SELEPAS membuka beberapa cawangan pusat karaoke Masterpiece, kini Ahmad Dhani muncul dengan idea baharu menghasilkan sebuah aplikasi karaoke.

Aplikasi ini dinamakan sebagai Dewa 19 Karaoke yang mana ia memiliki keistimewaan bagi Baladewa (gelaran peminat Dewa 19) dan pencinta muzik secara umum.

"Kami pernah membuat pra pelancaran bagi aplikasi Dewa 19 Karaoke ini beberapa bulan lalu namun sewaktu pelancaran itu hanya Android sahaja yang boleh memuat turun aplikasi tersebut.

"Kini, berita baik buat pengguna IOS anda juga sudah boleh memuat turun dan menikmati Dewa 19 Karaoke Apps ini," jelas pemilik Dewa 19 Karaoke Apps iaitu Indra Putra.

Ahmad Dhani ditemui ketika pelancaran aplikasi Dewa 19 Karaoke.

Ahmad Dhani hadir ketika pelancaran aplikasi Dewa 19 Karaoke di Jakarta, Indonesia.

Sesuai dengan namanya, aplikasi ini memang dihasilkan khas buat para pencinta muzik yang gemar berkaraoke.

"Terdapat pelbagai keistimewaan yang ditawarkan dalam aplikasi ini seperti boleh menikmati muzik-muzik eksklusif dari Dewa 19 dan artis-artis dari Syarikat Republik Cinta.

"Keistimewaan aplikasi ini adalah lagu-lagu di dalamnya tidak akan di dengari dimana-mana platform.

"Lagu-lagu di YouTube tidak keluar dalam versi karaoke tetapi ada juga yang boleh digunakan untuk berkaraoke cuma penggunaan muziknya tidak asli," tambah Indra lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tegar mengaku sudah bercerai... tertekan, badan jadi kurus fikir masalah rumah tangga

Selaku vokalis kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani juga menjelaskan bahawa muzik yang terdapat di dalam aplikasi ini dihasilkan khas buat pengguna untuk menikmati pengalaman berkaraoke dengan lebih seronok.

"Jadi lagu-lagu Dewa 19 dalam aplikasi ini dibuat khas dalam bentuk minus one.

"Kalau kita menyanyi, muziknya betul-betul dari master lagu Dewa 19 dan pengalaman ini tidak akan dirasai di mana-mana tempat karaoke yang lain," kata Ahmad Dhani.

Dewa 19 Karaoke Apps ini boleh dimuat turun di Android dan iOS secara percuma.

Yang lebih menarik, lagu-lagu yang berada dalam aplikasi tersebut ada lebih dari 140,000 lagu rata-rata dari Syarikat Republik Cinta dan juga dari pemuzik terkenal Indonesia.- Suara

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain