suria

Dewi Perssik sangkal dakwaan punca perceraian sebab masalah kewangan

Dewi dan Angga tidak dikurniakan cahaya mata.

PELBAGAI spekulasi timbul selepas disahkan penyanyi Dewi Perssik dan suaminya Angga Wijaya dalam proses perceraian selepas lima tahun berkahwin.

Memetik Liputan6, pasangan itu dikatakan berdepan dengan masalah kewangan dalam rumah tangga mereka.

Menafikan dakwaan tersebut, Dewi Perssik akur serta reda berdepan ujian masalah rumah tangga dari sejak perkahwinan pertama, kedua dan ketiga.

"Tak mungkin hanya disebabkan masalah wang. Mungkin sudah tertulis perjalanan hidup yang seharusnya bersiap-sedia untuk berdepan dengan ujian.

"Kalau saya tak bersedia untuk diuji, sudah pasti saya yang mahu berpisah dahulu. Dari bekas suami pertama, kedua, ketiga... bukan saya yang mahu bercerai," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik bakal cerai buat kali ketiga, perbicaraan bermula Julai ini

Perbicaraan kes cerai Dewi dan suami bermula Julai ini.

Rumah tangga Dewi dan Angga hanya bertahan selama lima tahun.

Khabar angin tentang perceraian Dewi Perssik dan Angga Wijaya akhirnya terjawab apabila Pejabat Agama Jakarta Selatan mengesahkan kes perbicaraan akan berlangsung Julai ini.

Memaklumkan perkara tersebut, wakilnya iaitu Taslimah memberitahu Angga sendiri yang telah membuat pendaftaran cerai terhadap Dewi atau nama sebenarnya Dewi Murya Agung pada 20 Jun lalu.

Bagaimanapun dalam permohonan tersebut tidak dinyatakan sebarang alasan mereka ingin berpisah dan tidak ada sebarang tuntutan lain dibuat.

Untuk rekod Dewi dan Angga mendirikan rumah tangga pada September 2017 dan mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Dewi sebelum itu pernah berkahwin dengan penyanyi Saipul Jamil pada 2005 namun bercerai selepas tiga tahun bersama.

Dewi kemudian berkahwin pula dengan pelakon Adliansyah Taher pada Julai 2008 dan hubungan mereka hanya bertahan selama setahun.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain