suria

Dewi Perssik bakal cerai buat kali ketiga, perbicaraan bermula Julai ini

Perbicaraan kes cerai Dewi dan suami bermula Julai ini.

KHABAR angin tentang perceraian penyanyi Dewi Perssik dan suaminya Angga Wijaya akhirnya terjawab apabila Pejabat Agama Jakarta Selatan mengesahkan kes perbicaraan akan berlangsung Julai ini.

Memaklumkan perkara tersebut, wakilnya iaitu Taslimah memberitahu Angga sendiri yang telah membuat pendaftaran cerai terhadap Dewi atau nama sebenarnya Dewi Murya Agung pada 20 Jun lalu.

Bagaimanapun dalam permohonan tersebut tidak dinyatakan sebarang alasan mereka ingin berpisah dan tidak ada sebarang tuntutan lain dibuat.

ARTIKEL BERKAITAN: Heboh bakal dicerai suami, Dewi Perssik kata lebih rela menjanda daripada rumah tangga tak bahagia

“Yang mendaftarkan adalah Angga terhadap Dewi. Tarikh persidangan cerai mereka pada 4 Julai.

“Belum ada alasan spesifik dinyatakan oleh pemohon dan juga Dewi. Tidak ada sebarang tuntutan lain, hanya permohonan cerai sahaja,” ujar wakil pejabat berkenaan seperti yang dipetik dari Liputan6.

Untuk rekod Dewi dan Angga mendirikan rumah tangga pada September 2017 dan mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Dewi sebelum itu pernah berkahwin dengan penyanyi Saipul Jamil pada 2005 namun bercerai selepas tiga tahun bersama.

Dewi kemudian berkahwin pula dengan pelakon Adliansyah Taher pada Julai 2008 dan hubungan mereka hanya bertahan selama setahun. -LIPUTAN6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain