suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jefri Nichol lebih tenang lepas keluar penjara, tidak perlu bawa imej lelaki baik

Jefri tidak lagi bimbang dengan pandangan peminat.

PERNAH menjalani hukuman penjara akibat penyalahgunaan dadah jenis ganja, pelakon Jefri Nichol akui ia satu pengalaman yang membuatkan dirinya kini lebih bahagia.

Disebabkan kesalahan yang dia lakukan sebelum ini, Jefri tidak lagi perlu berselindung di sebalik imej seorang lelaki baik yang sering diharapkan oleh peminatnya.

Sepanjang berada dalam tahanan, pelakon filem Jakarta vs Everybody ini menjadi lenih tenang dan banyak meluangkan masa membaca buku.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Indonesia 'panas' Jefri Nichol kongsi foto cium seseorang

“Selepas keluar penjara saya tidak lagi terbeban dengan imej yang baik-baik. Sebelum itu ada tekanan untuk saya berhati-hati supaya orang lain tidak kecewa.

“Sekarang jika saya buat perkara sama lagi, orang tidak akan terkejut.

“Tempoh dalam penjara sangat berat. Tetapi banyak masa untuk saya bersendirian, tenang dan membaca buku. Setelah keluar saya tidak terbeban lagi,” katanya dalam temubual di saluran Youtune Vidi Aldiano.

Jefri ditahan di kediamannya di Jakarta Selatan pada Julai 2019 dan dia dikenakan hukuman sebulan penjara serta empat bulan pemulihan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia