suria

Park Gyuri (Kara) dedah alami tekanan sejak kecil, pernah putuskan hubungan dengan orang sekeliling

Gyuri berkongsi masalah tekanan yang dihidapi sejak kecil.

BEKAS anggota kumpulan Kara iaitu Park Gyuri berkongsi tentang masalah kesihatan mental yang dia alami sejak sekian lama.

Dalam satu temubual di sebuah program televisyen, Gyuri memberitahu selama ini dia lebih selesa untuk tidak bercakap tentang hal tersebut kerana tidak mahu dilihat sebagai seorang yang mempunyai masalah mental.

Gyuri juga mendedahkan dia pernah mengambil tindakan membawa diri jauh daripada orang-orang yang dikenali dan memutuskan hubungan dengan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan cinta Park Gyuri dengan Song Ja Ho berakhir, rahsiakan punca perpisahan

“Disebabkan perwatakan ceria yang sering saya tampilkan, maka sukar untuk saya berkongsi tentang masalah ini. Saya tidak mahu ia memberi kesan kepada anggota kumpulan Kara sebelum ini.

“Sejak dua tahun kebelakangan ini banyak perkara sukar telah berlaku sehingga emosi saya memuncak pada hujung tahun lalu.

“Awal tahun ini saya tinggal di daerah Gangneung selama sebulan dan memutuskan hubungan dengan semua orang. Saya memilih untuk bersendirian,” katanya.

Gyuri juga memberitahu antara punca tekanan yang dialami sejak kecil adalah kerana sentiasa menjaga imej baik dan tidak mahu mencemarkan nama ibunya yang juga merupakan seorang penyanyi.

“Sejak kecil saya melihat pengorbanan ibu saya. Saya tidak mahu menjadi seorang anak yang mencemarkan nama baiknya,” ujarnya. -SOOMPI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain