suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Heboh bakal dicerai suami, Dewi Perssik kata lebih rela menjanda daripada rumah tangga tak bahagia

Dewi dan Angga tidak dikurniakan cahaya mata.

RUMAH tangga selebriti Indonesia Dewi Perssik dikhabarkan berdepan dengan masalah apabila suaminya iaitu Angga Wijaya didakwa sudah memfailkan perceraian.

Memetik laporan Liputan6, khabar angin mengenai perkara itu sempat menjadi salah satu topik dalam program Pagi Pagi Ambyar baru-baru ini dimana Dewi Perssik hadir sebagai tetamu.

Tidak mengiyakan atau menafikan soal perceraian itu, Dewi Perssik berkata dia lebih rela menjadi janda daripada hidup tidak bahagia.

"Dalam hidup harus bahagia. Lebih baik saya hidup menjanda daripada bercinta," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 4 tahun kahwin, Dewi Perssik dituduh mandul kerana tiada anak... dedah alasan belum ‘ready’ hamil!

Sebelum ini, muncul khabar angin mengatakan Angga sudah memfailkan perceraian terhadap isterinya di Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada 20 Jun lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka memilih untuk mengunci mulut soal perceraian tersebut.

Gara-gara masih belum memiliki zuriat, Dewi atau lebih mesra disapa DePe menerima pelbagai komen negatif netizen sehingga ada yang menuduhnya mandul dan tidak boleh mengandung.

Dewi Perssik dan Angga mendirikan rumah tangga pada September 2017.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain