suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terlalu penat kerja, Sandra Bullock buat keputusan untuk berehat

Bullock kini fokus kepada kerja sebagai penerbit.

GARA-GARA terlalu penat dengan jadual kerja, aktres Sandra Bullock mengumumkan dia berehat dari menerima mana-mana tawaran berlakon sejak awal tahun lalu.

Menurut Bullock, kesibukan kerja sebagai pelakon dengan jadual di set penggambaran membuat dia berasa tidak boleh membuat sebarang keputusan atau perancangan untuk diri sendiri.

“Saya tidak mahu terikat dengan jadual kerja selain jadual saya sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedihnya dapat tahu anak angkat Sandra Bullock sorok makanan, rupa-rupanya kesan trauma pusat jagaan

“Saya sangat penat. Sepanjang berlakon saya tahu saya tidak boleh membuat keputusan yang bijak dan sihat,” katanya seperti yang dipetik dari The Hollywood Reporter.

Pelakon The Proposal ini bagaimanapun sentiasa bersyukur dengan perjalanan kerjaya yang telah dilalui selama ini.

Meskipun tidak memberitahu berapa lama tempoh dia akan berehat, Bullock masih aktif dalam dunia seni sebagai seorang penerbit.

“Saya sangat bertuah kerana kerja ini. Ia telah menjadi ’tongkat’ dalam hidup saya.

“Apa yang saya ada ini perlu dikembangkan lagi. Saya tidak tahu sehingga bila akan berehat dari dunia lakonan,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain