suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sedihnya dapat tahu anak angkat Sandra Bullock sorok makanan, rupa-rupanya kesan trauma pusat jagaan

Sandra telah mengambil dua kanak-kanak berkulit hitam sebagai anak angkatnya.

BARU-BARU ini pelakon Sandra Bullock berkongsi pengalaman menjaga anak angkatnya yang trauma selepas bertahun-tahun berada di rumah anak yatim.

Menurut wanita berusia 57 tahun itu, anak angkatnya Laila melalui tiga sistem keluarga angkat yang berbeza ketika dia berusia hampir tiga tahun sebelum Sandra mula menjaganya.

Kata Sandra dia juga sering melihat bagaimana anak angkatnya itu menyorok makanan atau menyelinap masuk ke dalam almari.

ARTIKEL BERKAITAN: Sandra Bullock Artis Paling Kaya

Kanak-kanak itu sering berpakaian lengkap, dan sentiasa bersedia untuk meninggalkan rumah.

"Ia amat menyakitkan bagi saya. Pada masa sama ia amat sukar untuk tidak berasa sedih kerana apa yang saya mahu lakukan ialah menyayanginya.

“Tetapi kasih sayang sebenarnya dapat menghilangkan trauma yang dialaminya itu,” katanya dalam episod baharu rancangan bual bicara Red Table Talk.

Susulan itu, Sandra mengikuti kelas khas tentang cara untuk membesarkan anak yang mengalami trauma.

Pelakon Hollywood itu mengambil dua anak angkat iaitu Louis yang dilahirkan pada 2010 dan kemudiannya Laila pada 2015. TODAY

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia