suria

Dua tahun hanya khabar angin, Tom Holland akhirnya sahkan bercinta dengan Zendaya

Tom Holland dan Zendaya akhirnya sahkan bercinta.

SELEPAS bertahun-tahun khabar angin hubungan dua bintang Spider-Man Tom Holland dan Zendaya, akhirnya pasangan selebriti ini mengesahkan percintaan mereka pada majlis anugerah baru-baru ini.

Memetik laporan People.com, Tom Holland dilihat merangkul pinggang Zendaya dan rasmi sebagai pasangannya di acara karpet merah di anugerah tahunan Ballon D'or 2021.

ARTIKEL BERKAITAN: Tom Holland buat apa dengan Zendaya dalam kereta? Peminat syak pasangan filem Spider-Man benar-benar bercinta

Holland dan Zendaya menghadiri acara itu bersama-sama bagi meraikan kejayaan individu dalam bola sepak dunia.

Walaupun khabar angin tentang status perhubungan mereka mula tersebar sejak tahun 2017 namun dalam beberapa bulan ini hubungan mereka menjadi lebih umum.

Sebelum ini, tersebar foto kedua pasangan ini sedang bermesra dan bercium di dalam kereta milik Tom namun enggan memberi sebarang penjelasan.

Sebelum ini, Zendaya dilaporkan bercinta dengan Jacob Elordi dari 2019 hingga 2020, dan Tom bercinta dengan Olivia Bolton pada 2019

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Tom Holland, Zendaya, bercinta

Artikel Lain