suria

Song Hye Kyo, Jun Ji Hyun aktres termahal Korea Selatan! Terima bayaran RM720,000 setiap episod

Song Hye Kyo (kiri) dan Jun Ji Hyun (kanan) dibayar dua kali ganda daripada drama terakhir mereka pada 2016.

AKTRES terkenal Song Hye Kyo dan Jun Ji Hyun merupakan aktres terkenal dari Korea Selatan dan kedua-duanya telah melakonkan pelbagai watak sejak 20 tahun lalu.

Jadi tidak hairanlah jika mereka berdua digelar sebagai pelakon Korea termahal.

Menurut laporan Chosun, Song Hye Kyo dan Jun Ji Hyun menerima bayaran sebanyak 200 juta Won (RM720,000) untuk setiap episod drama Korea yang dibintangi mereka pada 2021.

Song Hye Kyo digandingkan bersama Jang Ki Yong dalam drama Korea Now We Are Breaking, manakala Jun Ji Hyun bertemu semula dengan Ju Ji Hoon dalam drama Jirisan.

Siaran drama Now We Are Breaking Up amat dinanti-nantikan kerana ia menandakan kemunculan semula Song Hye Kyo selepas kali terakhir membintangi drama Encounter pada 2018.

Gajinya meningkat dua kali ganda dalam tempoh tiga tahun lalu apabila dilaporkan mendapat bayaran 100 juta Won (RM360,000) setiap episod untuk drama tersebut.

Begitu juga dengan Jun Ji Hyun yang kali terakhir membintangi drama Korea The Legend of the Blue Sea pada 2016, gajinya juga meningkat dua kali ganda selepas dikhabarkan mendapat bayaran 100 juta Won (RM360,000) untuk setiap episod.

Bagamanapun, terdapat jurang gaji antara pelakon lelaki dan wanita di Korea Selatan.

Pelakon Kim Soo Hyun mendapat bayaran jauh lebih tinggi daripada Song Hye Kyo dan Jun Ji Hyun dengan mengaut 500 juta Won (RM1.8 juta) setiap episod Korea Ongoing One Ordinary Day.-Koreaboo

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain