suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gong Yoo akhirnya buka akaun IG selepas 20 tahun jadi pelakon, baru 5 jam sudah lebih 500,000 pengikut

gong-yoo12

PELAKON terkenal Kdrama Gong Yoo akhir membuka akaun Instagram peribadi dengan menggunakan nama @_gongyoo_official_.

Agensinya, Management Soop memaklumkan akaun itu dicipta bagi membolehkan pelakon drama Goblin itu berinteraksi dengan peminatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift, Gong Yoo keluar makan bersama di New York... Agensi buka mulut jawab spekulasi!

"Kami membuka akaun Instagram rasmi untuk menyampaikan kehidupan harian aktor Gong Yoo kepada semua peminatnya," ujar wakil pengurusan pada Rabu.

Tambahnya, Gong Yoo, 42, tidak memiliki akaun media sosial lain selain yang dimaklumkan.

"Gong Yoo tidak memiliki media sosial lain dan akaun ini dikelolakan oleh pengurusan, terima kasih" ujarnya.

Sementara itu, Gong Yoo memuat naik foto sotong bagi posting pertamanya empat jam lalu dan foto dari belakang dengan kapsyen I love you.

Sehingga kini akaun tersebut sudah mencecah 500,000 pengikut.

Rata-rata netizen teruja dan meninggal komen positif agar pelakon berkenaan aktif memuat naik aktiviti harian di laman sosial berkenaan.

Gong Yoo memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2001 dan namanya mula dikenali menerusi drama Coffee Prince.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain