suria

Taylor Swift, Gong Yoo keluar makan bersama di New York... Agensi buka mulut jawab spekulasi!

Gong Yoo didakwa bertemu di new York.

NAMA pelakon terkenal Korea Gong Yoo menjadi perbualan hangat peminat dan netizen apabila timbul khabar angin mengatakan dia bersama penyanyi antarabangsa, Taylor Swift keluar makan bersama di sebuah restoran di New York, Amerika Syarikat.

Ramai netizen membuat pelbagai spekulasi mengenai pertemuan mereka itu dan ada juga yang membuat andaian ia berkaitan drama bersiri terbaharu lakonan Gong Yoo berjudul The Sea Of Silent.

Enggan khabar angin ini terus menjadi perbualan dalam kalangan peminat, agensi Gong Yoo iaitu SOOP Management tampil menafikan dakwaan tersebut.

"Gong Yoo tidak berada di Amerika Syarikat.

"Gong Yoo sedang mempersiapkan diri mengikuti jadual promosi menjelang pelancaran siri Netflix Sea of Silence di Korea Selatan," kata wakil pengurusan menerusi laporan KBizoom.

Pada Rabu lalu, laman Twitter menjadi trending apabila timbul dakwaan mengatakan kedua-dua selebriti bertemu di sebuah lokasi di New York.

Malah, ada juga netizen yang mendakwa mereka berdua kini sedang bercinta.

Namun khabar angin itu tidak masuk akal kerana Taylor Swift diketahui sudah mempunyai teman lelaki.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain