suria

Steve Burton digugurkan daripada drama popular ‘General Hospital’ kerana enggan ambil vaksin

Steve Burton enggan menerima vaksin Covid-19.

NAMA pelakon Steve Burton digugurkan daripada menjalani penggambaran rancangan TV popular iaitu 'General Hospital' kerana enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menerusi perkongsian video di Instagram miliknya, dia menjelaskan telah meminta pengecualian daripada syarikat tersebut atas alasan kesihatan dan agama namun tetap ditolak.

"Akhirnya, 'General Hospital' telah melepaskan saya disebabkan enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.

"Saya telah memohon untuk pengecualian perubatan dan agama saya dan kedua-duanya ditolak. Awak tahu ia menyakitkan," katanya.

Dia yang telah bersama rancangan tersebut selama 30 tahun sejak 1991 tidak terkilan dengan tindakan syarikat tersebut yang menamatkan perkhidmatannya.

"Ini juga mengenai kebebasan peribadi kepada saya dan tidak fikir akan kehilangan mata pencarian kerana perkara ini," - CNN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Steve Burton, General Hospital

Artikel Lain