suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baim Wong terkejut rumah jadi sarang ular... berjaya tangkap empat ekor!

Baim melihat ular yang dimasukkan ke dalam bekas.

BUKAN seekor tetapi empat ekor ular yang bersarang di halaman kediaman selebriti Indonesia Baim Wong berjaya ditangkap.

Baim menerusi saluran YouTube miliknya turut berkongsi detik cemas ketika pekerjanya menangkap seekor ular yang bersembunyi di sekitar rumahnya.

Suami kepada Paula Verhoeven berpesan kepada pekerjanya agar berhati-hati memegang ular tersebut kerana bimbang ia berbisa.

Bagaimanapun, pekerja Baim memberitahu dia sudah memastikan haiwan tersebut tidak berbisa.

"Hati-hati ya takut dipatuk kalau pegang begitu," kata Baim kepada pekerjanya.

Dalam pada itu, Paula juga terkejut melihat ular tersebut yang selama ini bersembunyi di kawasan halaman rumah mereka. - Liputan6

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain