suria

Shah Rukh Khan bakal ambil tindakan saman Biro Kawalan Narkotik selepas tiada bukti anaknya bersalah

Shah Rukh Khan akan ambil tindakan terhadap NCB

PELAKON Bollywood Rukh Khan dikhabarkan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak Biro Kawalan Narkotik (NCB) yang didakwa berlaku penyelewengan prosedur sehingga anaknya Aryan Khan ditangkap kerana kes dadah.

Selepas mahkamah Tinggi Bombay mengeluarkan perintah ikat jamin dalam kes dadah membabitkan Aryan Khan dengan menyatakan bahawa hampir tidak ada bukti positif menunjukkan tertuduh bersalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Saksi dakwa terdengar pegawai narkotik minta RM14 juta untuk bebaskan anak Shah Rukh Khan

Susulan itu pelakon terkenal itu dinasihatkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengarah NCB Sameer Wankhede yang mengetuai kes dadah persiaran sehingga menuduh anaknya Aryan secara palsu sehingga menyebabkan remaja itu berada lebih tiga minggu di penjara Arthur Road.

Tambahan pula, Mahkamah juga menyatakan bahawa kenyataan pengakuan yang didakwa direkodkan oleh pegawai penyiasat adalah tidak sah dan oleh itu NCB tidak boleh bergantung kepada mereka.

Tertuduh, Aryan Khan, Arbaz Marchant dan Munmun telah ditangkap pada 3 Oktober oleh Biro Kawalan Narkotik, selepas mereka melakukan serbuan di pelayaran di Mumbai dan merampas bahan terlarang.

Ketiga-tiga mereka dibenarkan ikat jamin pada 28 Oktober. - TimeOf India

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Shah Rukh Khan, Aryan Khan, sama NCB

Artikel Lain