suria

Seram! Kisah Ari Lasso buat konsert depan jin viral di TikTok, siap diingatkan jangan mandi selepas balik hotel

Ari Lasso kongsi kisah seram buat persembahan depan jin. FOTO OKEZONE.

PENYANYI Indonesia Ari Lasso berkongsi pengalaman seram ketika membuat persembahan di sebuah kota pada sekitar tahun 2005.

Menerusi siaran Podcast YouTube Channel Raditya Dika, cerita mistik itu kembali tular di TikTok yang mana Ari Lasso berkata konsert itu ditonton oleh jin.

Ari besama kumpulannya juga diminta untuk tidak menghiraukan apa-apa kejadian aneh yang berlaku ketika persembahan.

Penyanyi lagu Hampa itu berkata dia melihat beberapa kelompok individu yang menari mengikut alunan lagu yang tidak sepatutnya.

Malah lebih pelik, penonton yang 15,000 orang di stadium itu tidak berada di perkarangan stadium selepas selesai persembahan.

"Stadium hanya ada satu pintu yang digunakan penonton dan anggota band untuk keluar masuk. Ketika saya turun ke kereta stadium itu lengang.

"Ada orang tapi tak sama keadaan ketika saya buat persembahan. Saya rasa hebat penonton kota ini, keluar satu pintu dengan cepat dan beratur.

"Di luar stadium sepi... ia keadaan yang tak masuk akal. Saya juga dinasihatkan untuk tidak memikirkan perkara itu," ujarnya.

Tidak sampai di situ, kisah misteri itu berlanjutan ke penginapannya. Mereka telah dinasihatkan agar tidak mandi selepas sampai di hotel.

Namun pengurus dan ada kru produksi yang melanggar pantang larang itu ditimpa nasib malang.

"Pengurus saya mandi apabila sampai hotel dan salah seorang kru produksi keluar hotel lima minit kemudian mengalami kemalangan dan patah tangan.

"Saya dapat rasa sesuatu tidak kena," ujarnya.

Menerusi video berkenaan rata-rata netizen mula menyebut kejadian itu mungkin berlaku di Kota Baru, Kalimantan yang dipercayai masyarakat sekitar sebagai kota jin. - Celebrity Okezone

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain