suria

Vanessa Angel sambut hari jadi bapa sebelum meninggal dunia, tak sangka itu yang pertama dan terakhir

Foto kenangan Vanessa bersama bapanya.

SEHINGGA kini bapa kepada Vanessa Angel iaitu Doddy Soedrajat masih tidak mampu menghilangkan kesedihan dengan pemergiaan anak perempuannya itu.

Menerusi laporan Liputan6, Doddy berkongsi perkara yang tidak pernah Vanessa lakukan sebelum dia meninggal dunia pada 4 November lalu.

"Vanesssa dan suaminya menyambut ulang tahun kelahiran saya pada Oktober lalu. Tapi sebelum ini, Vanessa tak pernah ajak saya makan malam.

"Kebiasaanya kalau hari lahir saya, dia hanya beri ucapan saya tepat pukul 12 malam. Tapi dia mahu jumpa saya pada 14 Oktober untuk meraikan hari lahir saya," katanya.

Vanessa Angel dan suaminya, Febri Andriansyah disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur.

Pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki berusia setahun, Gala Sky Andriansyah yang mengalami kecederaan akibat kemalangan itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain