suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beberapa kali aksi mesra dirakam paparazi, Kim Kardashian dan Pete Davidson belum sedia bercinta

Kim dan Pete belum lagi ke fasa yang serius.

HUBUNGAN pelawak Pete Davidson dengan personaliti TV terkenal Kim Kardashian masih menjadi tanda tanya biarpun sudah beberapa kali dirakam mesra bersama.

Memetik laporan Hollywoodlife, sumber terdekat akhirnya tampil mendedahkan hubungan mereka tidak serius seperti pasangan bercinta yang lain.

Malah sumber memberitahu biarpun Kim dan Pete mempunyai perasaan yang kuat antara satu sama lain namun mereka memilih untuk tidak bercinta buat masa kini.

"Mereka tidak la serius seperti 'awak teman wanita saya dan saya teman lelaki awak'. Tapi mereka mempunyai perasaan yang kuat antara satu sama lain.

"Kim dan Pete tidak mahu menjalinkan hubungan cinta dengan sesiapa buat masa ini," kata sumber terdekat.

Terdahulu, foto bekas tunang kepada penyanyi Ariana Grande itu berpegangan tangan dengan Kim menjadi tular dan menguatkan lagi spekulasi mereka bercinta.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain