suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Britney Spears sibuk cari lokasi majlis kahwin, siap sedia jadi isteri Sam Asghari

Britney Spears umum bakal berkahwin dengan Sam Asghari

BINTANG pop Amerika, Britney Spears kini dikhabarkan sedang bersiap sedia untuk berkahwin dengan kekasihnya, Sam Asghari.

Menurut PEOPLE, penyanyi berusia 39 tahun itu sedang mencari tempat perkahwinan yang sempurna untuk mereka.

"Britney mula bercakap tentang jenis perkahwinan yang dia inginkan dan telah mempertimbangkan lokasi sesuai," kata orang terdekat.

Berita itu muncul selepas Britney mengumumkan bahawa gaun pengantinnya direka oleh Donatella Versace.

Terdahulu pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka pada September, empat tahun selepas bercinta.

Sumber yang rapat dengan bintang itu memberitahu PEOPLE bahawa dia "mahu berkahwin secepat mungkin," sambil menambah: "Ia akan menjadi perkahwinan yang kecil."

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain