suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sah bercinta! Foto Kim Kardashian berpegangan tangan dengan Pete Davidson tular

Foto pasangan ini menguatkan lagi spekulasi mereka bercinta.

GOSIP cinta pelawak Pete Davidson dengan personaliti TV terkenal Kim Kardashian mula berterbangan selepas mereka dilihat menikmati makan malam bersama awal November baru-baru ini.

Lebih menguatkan lagi spekulasi Kim bercinta dengan Pete apabila foto mereka keluar bersama sambil berpegangan tangan menjadi tular.

Foto kemesraan Kim dengan bekas tunang kepada penyanyi Ariana Grande itu sempat dirakam ketika mereka di Palm Springs, California pada Khamis lalu.

Malah, pelawak itu juga menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-28 di rumah ibu kepada Kim iaitu Kris Jenner pada baru-baru ini.

Bagaimanapun, kedua-dua selebriti itu masih mengunci mulut mengenai hubungan cinta yang dilapokan terjalin sejak awal November.

Sebelum ini, penyanyi rap Kanye West menegaskan dia dengan Kim masih lagi pasangan suami isteri memandangkan mereka belum lagi disahkan bercerai.

Pada Mac lalu, Pete digosipkan sedang bercinta dengan pelakon drama siri popular berjudul Bridgerton iaitu Phoebe Dynevor.

Manakala Kim pula sudah berpisah dengan penyanyi terkenal Kanye West selepas memfailkan perceraian pada Februari lalu. - Hollywoodlife

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain