suria

Populariti Ria Ricis naik mendadak selepas kahwin Teuku Ryan… raih ‘subscriber’ YouTube teramai kalahkan Atta Halilintar

Ria Ricis dan suami (foto kiri) pegang gelaran YouTuber paling ramai pengikut menewaskan Atta Halilintar.

SELEPAS beberapa tahun memegang gelaran YouTuber paling ramai pengikut atau subscriber di Indonesia, akhirnya kedudukan Atta Halilintar kini dirampas oleh pelakon Ria Ricis.

Menurut laporan Tabloid, Ria memiliki 28.4 juta pengikut meninggalkan Atta yang hanya mempunyai 28.1 juta subscriber.

Ini menjadikan Ria sebagai YouTuber paling ramai pengikut di laman berkenaan.

Populariti Ria Ricis naik mendadak selepas dia mengahwini aktor kacak Teuku Ryan pada 12 November lalu.

ria ricis 2

Ria Ricis rampas kedudukan Atta Halilintar sebagai YouTuber paling ramai pengikut di Indonesia dan Asia.

Hasil semakan mendapati jumlah subscriber saluran YouTube Ricis Official bertambah 100,000 sehari.

Rata-rata peminat mengikuti saluran YouTube ini kerana menyukai paparan sebenar kehidupan pasangan selebriti sama cantik sama padan ini.

Atta sebelum ini pernah memberitahu jumlah pengikut di laman YouTube bukanlah keutamaan baginya.

Malah, dia mengakui senang jika ada YouTuber lain berjaya memiliki jumlah subscriber lebih tinggi dan ramai.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain