suria

Lelaki dihukum mati gara-gara seludup ‘Squid Game’ ke Korea Utara, pelajar sekolah dipenjara seumur hidup kerana menonton

Seorang lelaki dihukum mati seludup siri popular Squid Game ke Korea Utara.

SEORANG lelaki yang menyeludup video siri popular Netflix Korea Selatan Squid Game ke Korea Utara dijatuhi hukuman mati.

Ia selepas pihak berkuasa negara berkenaan menangkap pelajar sekolah menengah menonton rancangan itu, menurut Radio Free Asia (RFA).

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Squid Game’ pecah rekod drama Korea paling popular selepas seminggu ditayangkan... trending no 1 di banyak negara termasuk AS

Agensi berita bebas RFA melaporkan siri itu diseludup masuk dari China menerusi pemacu kilat USB dan individu berkenaan berdepan hukuman mati oleh skuad tembak Korea Utara.

"Seorang pelajar yang membeli USB itu dikenakan hukuman penjara seumur hidup, manakala enam lagi yang menonton rancangan itu telah dijatuhi hukuman berat selama lima tahun dan guru serta pentadbir sekolah dipecat dan dibuang bekerja di lombong terpencil," ujarnya.

game

Pemerintah Korea Utara menegcam siri popular Squid Game.

Pada Disember 2020, Korea Utara meluluskan akta 'Penghapusan Pemikiran dan Budaya Reactionary' yang melarang kemasukan dan penyebaran bahan budaya seperti filem, drama, muzik dan buku di negara itu.

Perbuatan itu terutama bertujuan untuk menghalang penyebaran media dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat dan mereka yang didapati mengedar atau menggunakan ini boleh dihukum.

April lalu, seorang lelaki telah dihukum bunuh secara terbuka kerana menjual pemacu dan CD yang mengandungi bahan Korea Selatan.

Squid Game khususnya telah mencetus kemarahan dalam pemerintahan diktator.

Portal berita Korea Utara, Arirang Meari mengecam drama survival berkonsep tinggi sebagai menggambarkan 'realiti menyedihkan masyarakat Korea Selatan yang kejam'.

Laporan RFA berkata, terdapat kebimbangan orang ramai terhadap nasib pelajar sekolah menengah dan lebih ramai orang boleh terlibat dalam penyiasatan itu.

Variety telah menghubungi Netflix untuk mendapatkan komen.

Netflix tidak available di China, tetapi Squid Game sudah dicetak rompak secara meluas di negara itu. – THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain