suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya bertahan setahun... Tiffany Haddish, Common putus kerana terlalu sibuk bekerja

Tiffany dan Common mula bercinta sejak Ogos tahun lalu.

SELEPAS lebih setahun menjalinkan hubungan cinta, pelakon dan pelawak Tiffany Haddish akhirnya berpisah dengan penyanyi rap Common.

Memetik laporan Hollywoodlife, sumber terdekat memberitahu kesibukan kerja dan tinggal berjauhan antara punca perpisahan mereka.

"Mereka tidak pernah berada di bandar yang sama dan kedua-duanya terlalu sibuk untuk menjalinkan hubungan yang serius," kata sumber.

Bagaimanapun sehingga kini, Tiffany Haddish dan Common masih mengunci mulut mengenai berita perpisahan mereka.

Sebelum ini, Tiffany Haddish mengesahkan dia dan Common mula bercinta sejak Ogos tahun lalu.

Tiffany membuat pendedahan tersebut ketika menjadi tetamu di program Steve-O berjudul Steve-O’s Wild Ride.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain