suria

Dakwa dapat mimpi, bapa mahu pindahkan kubur Vanessa Angel satu liang lahat bersama ibunya

Doddy (kiri) bermimpi bertemu dengan Vanessa.

BAPA kepada Vanessa Angel iaitu Doddy Sudrajat berhasrat memindahkan kubur anaknya ke dalam satu liang lahat arwah ibunya, Lucy Maywati.

Memetik laporan Liputan6, Doddy mendedahkan bahawa dia mahu berbuat demikian setelah bermimpi bertemu dengan anaknya.

"Dalam mimpi tersebut, Vanessa memberitahu dia mahu dikebumikan dalam kubur yang sama dengan ibunya. Permintaan Vanessa memang begitu dan saya sudah sampaikan kepada Bang Milano.

“Dari dahulu lagi saya mahu Vanessa dikebumikan bersama ibunya, apatah lagi bermimpi tentang perkara itu, katanya.

Namun pada masa itu Doddy hanya boleh menerima bahawa anak perempuannya telah dikebumikan bersama suaminya, Febry Andriansyah, di TPU Islam Malaka, Swadarma, Ulujami, Jakarta Selatan.

Satu lagi faktor kenapa Doddy mahu memindahkan kubur Vanessa adalah kerana kedudukan tanah perkuburan yang berada di tepi jalan raya.

"Sebab apa saya mahu pindahkan Vanessa dari kuburnya ialah kerana kedudukannya yang berada di tepi jalan raya. Jadi saya risau kalau kuburnya akan dialihkan jika jalan itu dilebarkan.

"Itu juga merupakan salah satu sebab saya mahu memindahkan Vanessa ke liang yang sama dengan ibunya," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

Harry Maguire jadi sasaran Chelsea