suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon ditahan polis, kasari dua kru kabin dalam pesawat

Keadaan kesihatan Selma kini dilaporkan stabil.

PELAKON Selma Blair ditahan pihak berkuasa Amerika Syarikat selepas didakwa mengasari dua kru kabin ketika dia dalam penerbangan dari Los Angeles ke New York pada malam Ahad.

Blair, 54, dilaporkan bertindak luar kawalan semasa berada dalam pesawat akibat masalah kesihatan yang dialami.

"Selma mengalami kecemasan yang mendorong kepada tindakan berkenaan. Dia menerima rawatan segera selepas mendarat dan kini dalam keadaan stabil," jelas wakil pelakon berkenaan.

Blair tidak membuat sebarang pengakuan ketika di mahkamah. 

Blair ditahan ketika tiba di Lapangan Terbang John F. Kennedy, New York sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Dua petugas syarikat penerbangan Delta Air Lines turut menerima rawatan di hospital susulan kecederaan yang dialami akibat diserang pelakon berkenaan.

Sementara itu, memetik laporan CNN, Blair tidak memberi sebarang pengakuan ketika pertuduhan dibacakan kepadanya dalam prosiding mahkamah yang berlangsung pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Amitabh Bachchan ‘tolak‘ salam peminat, netizen buat perbandingan sikap mesra Salman Khan 

ARTIKEL BERKAITAN: Jam tangan kena samun, kepala pelakon berlumuran darah diserang dua perompak

Laporan turut menyebut pelakon filem Legally Blonde itu juga mengasari seorang petugas lapangan terbang ketika dia ditahan dan menendang seorang jururawat yang memberi bantuan.

Ketika di mahkamah, peguam mewakili Selma turut menyebut pelakon itu menaiki pesawat selepas menjalani penggambaran selama berjam-jam, sebelum terjatuh dan terhantuk kepala di dalam pesawat serta terlupa mengambil ubatnya.

Dia kemudian dibawa kembali ke hospital untuk rawatan lanjut selepas pertuduhan dibacakan.

Blair sebelum ini pernah mendedahkan dia berdepan masalah kesihatan selepas disahkan menghidap penyakit autoimun itu pada tahun 2018.

Artikel Lain