suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyanyi buang ketumbuhan payudara, kekasih takut darah sanggup temani

Dara bahagia mempunyai teman lelaki seperti Awan.

PENYANYI Dara The Virgin terharu melihat kesungguhan teman lelakinya, Awan, yang setia menemani dan menjaganya sepanjang menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada kedua-dua belah payudaranya.

Dara, 35, berkata pembedahan itu dilakukan di sebuah hospital di Bali, Indonesia, dan dia bersyukur kerana mendapat penjagaan rapi daripada insan tersayang.

“Dia sentiasa menemani saya sepanjang berada di Bali. Dia takut melihat darah, tetapi sanggup menjaga saya,” katanya memetik laporan Detik Hot.

Teman lelaki Dara sembilan tahun lebih muda daripadanya.

Berkongsi lanjut mengenai perkara itu, Dara memberitahu Awan merupakan individu pertama yang mengetahui hasratnya untuk menjalani pembedahan tersebut sebelum dia memaklumkannya kepada ibu dan rakan sekumpulannya.

Menurutnya, ketumbuhan itu dikesan selepas dia menjalani pemeriksaan ultrabunyi (USG) dan mamografi, meskipun sebelum ini tidak mengalami sebarang gejala.

Bagaimanapun, Dara bersyukur apabila dimaklumkan ketumbuhan tersebut tidak merebak ke bahagian lain dan boleh dirawat menerusi pembedahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun jadi duda, Teuku Ryan sudah temui kekasih baharu

ARTIKEL BERKAITAN: “Pelanggan tanya kenapa asyik tutup?” - Warung Nunung makin sepi, pekerja temui tanah kubur

Dalam pada itu, penyanyi berkenaan mengakui turut bimbang jika keadaan tersebut menjejaskan peluangnya untuk hamil dan menyusukan anak pada masa hadapan.

“Saya juga bertanya kepada doktor sama ada selamat untuk hamil dan menyusukan anak selepas ini.

“Doktor memberitahu semuanya selamat,” katanya.

Artikel Lain