SELEPAS dua tahun bercerai, pelakon Teuku Ryan mendedahkan dirinya sudah pun bertemu pengganti.Ryan, 32, berkata wanita yang dikenali sebagai Bella itu merupakan rakan lamanya yang dikenali sejak 2009. Menurut Ryan, mereka kembali bertemu pada awal 2025 sebelum hubungan itu semakin rapat sehingga membawa kepada percintaan.Ryan dan Bella berkenalan sejak 2009.“Kami sebenarnya kawan lama sejak 2009 melalui Aneka Yess. Kemudian, kami bertemu semula pada awal 2025. Selepas itu, kami mula berkumpul dan berbual bersama sehingga sekarang,” katanya memetik laporan Detik Hot.Ryan memberitahu hubungan mereka sudah memasuki tempoh lebih setahun sejak kembali rapat dan segalanya berlaku secara semula jadi tanpa perlu melalui proses meluahkan perasaan secara rasmi seperti pasangan ketika zaman remaja.“Hubungan kami sudah lebih setahun. Kami menjalani hubungan seperti biasa, tidak perlu bertanya ‘Awak nak jadi teman wanita saya?’ kerana zaman itu sudah berlalu.ARTIKEL BERKAITAN: Teuku Ryan dituduh kaki disko, merayu Ria Ricis henti sebar fitnah - “Awak bergelar hajah tau”ARTIKEL BERKAITAN: Dokumen mahkamah tersebar, Teuku Ryan gagal beri nafkah batin punca Ria Ricis minta cerai“Kami terus bersama dan berpegang pada komitmen. Jika serasi, alhamdulillah, mungkin kami berjodoh. Jika tidak, semuanya Allah yang tentukan,” ujarnya.Dalam pada itu, Ryan turut meluahkan rasa syukur apabila kekasihnya hadir memeriahkan sambutan ulang tahun kelahirannya pada 4 Oktober lalu.Bercerita mengenai harapan untuk masa depan, Ryan tidak meletakkan sasaran yang terlalu tinggi, sebaliknya berharap kehidupannya akan menjadi lebih baik dan bahagia bersama anak perempuannya, Moana.Ryan gembira ulang tahun disambut dengan yang tersayang.Untuk rekod, Ryan pernah mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh media sosial, Ria Ricis pada 2021 sebelum mereka bercerai pada 2024.Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Moana.