PELAKON Thailand Tongtong Kitsakorn Kanogtorn tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas mencetuskan kekecohan susulan tindakannya yang memuat naik foto bersama seorang wanita di atas katil. Tongtong, 31, mengakui kesilapannya memuat naik gambar berkenaan dan menjelaskan situasi yang dirakam itu merupakan peristiwa lampau yang sudah berakhir. “Helo semua. Saya ingin memberikan penjelasan berhubung gambar yang sedang tersebar di media sosial ketika ini dan mungkin menimbulkan banyak persoalan.Tongtong bagaimanapun sudah memadam hantaran tersebut. “Saya ingin mengesahkan secara jujur bahawa gambar tersebut adalah benar dan ia berlaku pada suatu ketika dahulu, namun perkara itu sudah pun berakhir.“Saya mengakui kesilapan saya kerana memuat naik gambar tersebut dan bersedia bertanggungjawab atas tindakan sendiri. Saya sedar alasan peribadi atau keadaan emosi pada ketika itu tidak boleh dijadikan alasan,” katanya menerusi satu kenyataan rasmi.ARTIKEL BERKAITAN: Army berkhemah luar hotel, bising sampai RM tak boleh tidurARTIKEL BERKAITAN: Enam tahun bercinta, Yoo Seung Ho dan Lim Se Joo akhirnya bawa haluan masing-masingSusulan kontroversi itu, Tongtong turut menzahirkan rasa kesal dan memohon maaf kepada pihak pengurusan, seluruh pasukan kerja serta rakan gandingannya, Boss Patthakarn Thanasiriudom yang terpalit menerima tempias daripada insiden berkenaan.Jelasnya, komitmen terhadap kerjaya serta hubungan baik yang sedang dibina bersama semua pihak pada masa kini adalah sesuatu yang amat bermakna dan tidak wajar dicemari dengan kekhilafan dirinya.