PELAWAK Indonesia, Nunung mendakwa perniagaan makanan miliknya di Solo, Jawa Tengah, Indonesia, mengalami kemerosotan jumlah pelanggan sejak dua hingga tiga bulan lalu, dipercayai akibat gangguan mistik.Nunung atau nama sebenarnya Tri Retno Prayudati, berkata dia sering menerima laporan daripada ahli keluarga mengenai kejadian aneh di restoran berkenaan, termasuk penemuan objek yang dipercayai tanah kubur. Menurut Nunung, kejadian itu dipercayai menjadi antara punca perniagaannya terjejas apabila ramai pelanggan menyangka restoran tersebut sudah ditutup, sedangkan premis berkenaan masih beroperasi seperti biasa.Nunung sering menerima laporan mengenai kejadian aneh di kedai makan miliknya.“Saya rasa tanah kubur. Ramai pelanggan tanya kenapa warung saya asyik tutup? "Padahal kami tidak pernah tutup. Kami hanya tutup pada hari Isnin,” katanya ketika ditemu buat di Studio Trans TV, Jakarta, Indonesia.Dalam pada itu, Nunung mendakwa gangguan seumpama itu bukan perkara baharu kerana dia pernah memindahkan lokasi perniagaannya sebelum ini bagi mengelakkan kejadian sama berulang.ARTIKEL BERKAITAN: Nunung pakai susuk seawal 17 tahun, terpedaya janji manis... “Ada orang beritahu boleh dapat suami kaya“ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak Nunung sanggup jual rumah dan kereta demi keluarga di kampung, kini menyewa bilik bersama suamiJelasnya, objek yang dipercayai tanah kubur itu sering ditemukan di beberapa bahagian hadapan restoran, termasuk di kawasan parkir dan laluan masuk.“Memang di kawasan parkir dan laluan masuk. Kawasan halaman rumah kampung itu ialah restoran saya,” katanya.Bagaimanapun, Nunung tidak berhasrat membalas perbuatan berkenaan, sebaliknya memilih untuk berserah kepada Tuhan mengenai soal rezeki.