PENYANYI RM menasihati peminat agar tidak berkumpul di hadapan hotel tempat dia bersama rakan-rakan anggota kumpulan BTS yang lain menginap ketika mereka hadir ke sesebuah negara.Kata RM, tindakan itu bukan sahaja memberi kesan kepada operasi hotel, malah menyukarkan mereka untuk tidur kerana terganggu bunyi bising. "Kakitangan hotel berdepan kesukaran apabila orang ramai berkhemah di luar hotel. Bunyi bising sehingga kedengaran dari bilik hotel, semua orang tak boleh tidur lena.Peminat sanggup berhimpun di hadapan hotel tempat BTS menginap. "Jika kami tidak mendapat rehat yang cukup, ia memberi kesan kepada persembahan kami di konsert," katanya ketika berada di Lima, Peru sempena konsert BTS World Tour Arirang. Menghargai sokongan kumpulan peminat yang dikenali sebagai Army, penyanyi itu juga bimbang situasi tersebut mengganggu ketenteraman tetamu hotel yang lain.Bukan sahaja mengingatkan peminat yang berada di negara berkenaan, malah pesanan itu turut ditujukan kepada Army di lokasi yang bakal mereka kunjungi.ARTIKEL BERKAITAN: Jadual kerja padat 12 hari berturut, Junho hanya sempat tidur dalam kereta ARTIKEL BERKAITAN: T.O.P, Nana sah bercinta sejak Jun"Bunyi bising boleh mengganggu tetamu yang lain."Kami berharap jangan ada yang berkhemah di luar hotel. Jika anda Army yang baik, saya harap anda semua faham dan tidak melakukannya."Kami akan melakukan yang terbaik untuk konsert, terima kasih atas sokongan semua," ujarnya.