suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jadual kerja padat 12 hari berturut, Junho hanya sempat tidur dalam kereta

Junho akui tidak mudah ketika awal mencipta nama dalam bidang seni.

PENYANYI Junho berkongsi pengalaman melalui jadual kerja terlalu sibuk sehingga dia tidak mendapat tidur yang sempurna sepanjang 12 hari.

Menurut Junho, dia bersama anggota 2PM yang lain terpaksa bergerak ke beberapa lokasi demi memenuhi jadual persembahan selain perlu menjalani latihan ketika tiba di rumah.

"Selepas selesai satu acara kami akan berlatih sepanjang malam untuk sesi raptai di awal pagi. Kami ulang melakukan perkara yang sama untuk acara lain.

Pengalaman lalu menjadikan Junho lebih bijak menyusun jadual. 

“Saya juga masih ingat perlu menjalani penggambaran iklan, memenuhi pelbagai jadual kerja dan bergerak ke beberapa lokasi dengan menaiki kereta untuk persembahan siaran luar.

“Semua itu berterusan selama kira-kira 12 hari. Dalam masa sama, kami juga perlu membuat rakaman sehingga saya tidak begitu mengingati apa yang berlaku ketika itu," katanya.

Tambah Junho, dia bersama rakan-rakan yang lain hanya akan tidur ketika dalam perjalanan ke lokasi berbeza sepanjang tempoh itu.

ARTIKEL BERKAITAN: T.O.P, Nana sah bercinta sejak Jun 

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal hadir latihan tentera, Mino jalani tempoh pengawasan dua tahun... Bakal dipenjara jika langgar hukuman

Malah, dia sempat menceritakan pengalaman lucu tidak mengingati lagu yang pernah mereka rakamkan.

“Ketika dalam perjalanan dan berhenti sebentar di kawasan rehat, kami terdengar sebuah lagu yang menggunakan suara kami sendiri, tetapi langsung tidak ingat pernah merakamkannya.

“Selepas mendengarnya dengan teliti, rupa-rupanya lagu tersebut ialah hasil rakaman kami sendiri dan ketika itu ia sedang menduduki tangga nombor satu.

"Kami terus bekerja tanpa tidur yang cukup. Kalau dapat tidur pun, hanya di dalam kereta. Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, kami akan terus tertidur. Apabila pulang ke rumah, kami hanya sempat membersihkan diri," kongsinya.

 

Artikel Lain