PELAKON Jefri Nichol menafikan dirinya mempunyai aplikasi mencari jodoh selepas menerima laporan mengenai kewujudan profil menggunakan nama dan fotonya di Bumble.Jefri, 27, berkata, akaun berkenaan adalah palsu dan meminta orang ramai supaya tidak mempercayai mana-mana individu yang menyamar sebagai dirinya. Menurut pelakon Pertaruhan The Series itu, dia tidak pernah menggunakan aplikasi Bumble mahupun Tinder.Jefri mohon orang ramai agar tidak mudah terpedaya.“Buat teman-teman yang lihat nama saya di aplikasi Bumble, itu palsu ya.“Saya tidak main Bumble atau Tinder, jadi jangan percaya kalau ada yang mengaku sebagai saya,” katanya.Penjelasan itu dibuat selepas beberapa pengguna media sosial memaklumkan mengenai kewujudan profil menggunakan foto Jefri di aplikasi berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Threads Jefri Nichol kena serang, penuh komen ‘ore Kelate’... “Ada yang bisa translate?”ARTIKEL BERKAITAN: Jefri Nicol pertahan diri tuduhan guna wang dan kad kredit Ameera - “Saya tak pernah minta apa-apa, itu adalah penipuan““Bang Jef, ada orang yang guna foto awak di Bumble.“Jefri main Bumble?” tanya pengguna di Threads.Sebelum ini, Jefri pernah dikaitkan dengan personaliti media sosial, Ameera Khan sejak mereka rapat sekitar 2023 sebelum hubungan tersebut berkembang menjadi percintaan pada awal 2024.Bagaimanapun, hubungan pasangan itu dilaporkan berakhir pada November 2025 selepas kedua-duanya memadam foto bersama, selain tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.