PENYANYI dan pelakon T.O.P mengesahkan dirinya kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon Nana.Pengesahan itu dibuat oleh agensi T.O.P susulan pendedahan sebuah portal media Korea Selatan mengenai hubungan mereka kepada umum. Menurut agensi berkenaan, pasangan itu mula mengenali antara satu sama lain ketika menjalani penggambaran sebuah video muzik sekitar Januari 2026.Foto kemesraan Nana dan T.O.P yang diambil peminat.Nana atau Im Jim Ah, 35, sebelum ini membintangi video muzik lagu T.O.P dan kerjasama tersebut dipercayai membuatkan hubungan mereka semakin rapat.Hubungan itu kemudiannya berkembang menjadi percintaan sekitar Jun lalu.“T.O.P dan Nana pertama kali bertemu ketika menjalani penggambaran video muzik dan hubungan mereka bermula dari situ.“Hubungan itu kemudiannya berkembang menjadi hubungan romantik sekitar Jun,” kata agensi tersebut dalam satu kenyataan.ARTIKEL BERKAITAN: 7 tahun hidup dalam buangan, T.O.P anggap memalukan kembali bersama Big BangARTIKEL BERKAITAN: Heboh T.O.P kembali sertai BigBang, nama tersenarai semula dalam akaun YouTube kumpulanDalam pada itu, Nana turut mengesahkan hubungan mereka menerusi satu mesej kepada peminat.“Awak pun terkejut, kan? Saya juga agak malu, tetapi kami akan berpacaran dengan cara yang baik dan sihat!” katanya.Bagaimanapun, pengumuman hubungan itu dilihat kurang mendapat sambutan dalam kalangan sesetengah peminat Nana yang sebelum ini mengikuti perjalanan kerjaya aktres tersebut.