suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Keyakinan diri meningkat, Sheila Marcia sanggup ubah ‘aset‘ demi suami

Sheila yakin dengan pilihan sendiri mengubah bentuk badan.

PELAKON Sheila Marcia secara terbuka berkongsi pengalaman melakukan pembedahan mengubah bentuk payudara bagi mendapatkan kembali keyakinan diri.

Sheila, 37, dalam masa sama menegaskan keputusannya melakukan prosedur berkenaan bukanlah untuk bermegah atau menarik perhatian ramai.

Sebaliknya, pembedahan berkenaan dilakukan demi kepuasan sendiri selain untuk suaminya.

Sheila berkongsi perjalanan menjalani prosedur mengubah payudara. 

"Saya buat itu untuk diri sendiri dan suami, bukan untuk dilihat orang lain.

"Keyakinan diri di depan suami lebih meningkat. Sekarang saya sudah rasa ia sebahagian daripada diri saya, bukannya palsu," katanya.

Sheila sebelum ini turut berkongsi perjalanan dia melakukan pembedahan berkenaan di sebuah pusat rawatan kecantikan.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram, pelakon ini turut memberitahu mula merasakan perubahan pada bentuk tubuhnya selepas melahirkan lima orang anak dan perkara itu mendorong dia melakukan pembedahan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon buang semua tatu di badan, mahu bertaubat demi anak-anak 

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon wanita mengaku silap langkah, terjebak penyalahgunaan dadah angkara kekasih

Sheila juga mendapat sokongan penuh suaminya, Dimas Akira, dan pembedahan tersebut dibuat selepas perbincangan antara mereka dilakukan.

"Suami saya tidak menghalang, cuma dia risau risiko selepas melakukan pembedahan.

"Saya beritahu kepada doktor tentang gaya hidup yang aktif bersukan, jadi tak mahu payudara yang kendur," kongsinya.

Artikel Lain