PELAKON Sheila Marcia terbuka berkongsi kisah hitamnya apabila pernah terlibat dalam penyalahgunaan dadah.Menurut Sheila, 36, kisah cinta bersama lelaki yang dicintainya suatu ketika dahulu menyebabkan dirinya terjebak ke arah perkara tidak sihat itu. Mengimbau kembali detik tersebut, kata Sheila, dia mencuba mengambil barang terlarang itu selepas mengetahui kekasihnya merupakan seorang penagih dadah.Sheila kini mengamalkan gaya hidup sihat. “Waktu itu saya bersama pasangan yang amat saya cintai. Hati saya patah melihat orang yang saya sayang hancur akibat dadah,” katanya ketika menjadi tetamu dalam sebuah podcast bersama Denny Sumargo.Tambah pelakon ini, dia juga berasa kesal kerana memilih jalan tersebut dan tidak mengambil langkah meninggalkan lelaki berkenaan.Disebabkan terlalu kecewa, Sheila ketika itu mahu lelaki berkenaan merasai sendiri bagaimana memiliki pasangan yang musnah hidupnya akibat dadah.“Bodohnya ketika itu saya tidak meninggalkannya, sebaliknya saya yang mengambil dadah.ARTIKEL BERKAITAN: Anrez Adelio berdepan hukuman penjara 12 tahun, didakwa melakukan kekerasan seksual ARTIKEL BERKAITAN: Pemuzik terima ugutan bunuh, dapat surat dan bungkusan bangkai ayam“Biar dia rasa seperti apa yang saya rasa selama ini apabila melihat kekasih seorang penagih,” ceritanya.Pengakuan tersebut mengundang spekulasi bahawa individu yang dimaksudkan oleh Sheila itu dipercayai pelakon Roger Danuarta.Ini kerana Sheila yang juga merupakan seorang DJ pernah ditahan pihak berkuasa akibat penyalahgunaan dadah pada tahun 2008 dan ketika itu dia sedang bercinta dengan Roger.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube