suria

Pemuzik terima ugutan bunuh, dapat surat dan bungkusan bangkai ayam

DJ Donny tidak gentar selepas menerima ugutan.

PADAH lantang bersuara di media sosial, seorang pemuzik asal Indonesia yang dikenali sebagai DJ Donny menerima sepucuk surat berbentuk ancaman bunuh.

Ugutan tersebut turut disertakan dengan sebungkus plastik berisi bangkai ayam sebagai amaran bahawa nyawanya bakal terancam.

“Jaga mulut kau terutama di media sosial. Jangan pecah belah bangsa atau kau akan jadi seperti ayam ini,” tulis ancaman tersebut yang dihantar terus ke rumahnya.

Surat ugutan yang diterima DJ Donny. 

Surat itu ditulis di atas sekeping kertas putih menggunakan pen berwarna merah.

Ugutan tersebut dipercayai dibuat susulan sikap DJ Donny yang sering berkongsi pendapat atau kritikan terhadap keadaan di negara tersebut.

Berkongsi perkara itu di Instagram miliknya, DJ Donny turut mempersoalkan tindakan pihak berkenaan yang melakukan ugutan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Makan nasi putih dengan garam, mi segera kongsi empat orang… Penyanyi dangdut dedah kisah hidup susah 

ARTIKEL BERKAITAN: Berang dituduh jadi perempuan simpanan, Aura Kasih sedar imej seksi punca gosip liar

Baginya, apa yang dimuat naik di media sosial merupakan salah satu bentuk luahan selain mewakili keluhan rakyat.

“Apakah kandungan saya sudah memecah-belahkan? Banyak juga kandungan saya yang menyokong pemerintahan.

“Jika ada yang saya kritik, itu mewakili suara orang ramai,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain