suria

Jackie Chan menyesal jadi bapa garang, filem terkini buka mata ubah sikap

Jackie Chan berbalah dengan anaknya disebabkan sikapnya yang terlalu tegas.

HUBUNGAN renggang antara legenda filem aksi, Jackie Chan dan anak lelakinya, Jaycee Chan akhirnya didedahkan secara terbuka oleh aktor berkenaan.

Jackie, 71, mengakui sikapnya yang terlalu keras dan kasar terhadap Jaycee menjadi punca utama hubungan mereka sebagai ayah dan anak tidak rapat sejak sekian lama.

Pendedahan itu dibuat ketika Jackie mempromosikan filem terbaharunya Unexpected Family yang mengandungi babak perdamaian antara ayah dan anak sehingga menyentuh emosinya.

Jackie akui sikapnya yang tegas buatkan hubungan mereka renggang. 

Menurut Jackie, adegan tersebut membuatkan dia bermuhasabah diri dan kembali menilai hubungannya dengan Jaycee yang kini berusia 43 tahun.

“Corak didikan seperti itu (garang dan tegas) hanya menanam rasa takut, bukannya kasih sayang,” katanya.

Jackie turut mengakui sepanjang membesarkan Jaycee, dia sering memarahi dan mengkritik anaknya malah tidak pernah memberikan pujian walaupun di khalayak umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak perempuan hidup melarat, Jackie Chan ubah fikiran

ARTIKEL BERKAITAN: Jackie Chan hanya sentuh bahu, netizen tuduh lakukan gangguan seksual terhadap penyanyi wanita

Keadaan itu bertambah buruk apabila Jaycee berhenti menghubunginya selepas Jackie bengang ketika anaknya itu menelefon untuk mengucapkan selamat hari lahir.

Seiring pertambahan usia, Jackie berkata dia kini sudah membuang sikap lamanya dan tidak lagi meletakkan sebarang tekanan terhadap Jaycee.

Kini, Jackie hanya berharap anaknya dapat menjalani kehidupan dengan selamat dan bahagia tanpa dibebani sebarang ekspektasi daripadanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain