suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tzuyang selalu ponteng sekolah, hadir hanya untuk dapat makanan percuma

Tzuyang lebih utamakan makanan di sekolah.

PERSONALITI media sosial Korea Selatan, Tzuyang, berkongsi pengalaman semasa zaman persekolahannya yang disifatkan tidak seindah rakan-rakan lain.

Menurut Tzuyang, dia tidak mempunyai ramai kawan kerana sukar menyesuaikan diri dengan suasana di sekolah.

“Semasa di sekolah menengah rendah, saya langsung tidak pernah cuba bercakap dengan pelajar lelaki. Masuk sekolah menengah atas pun saya masih sukar berkomunikasi dengan mereka,” katanya.

Tzuyang akui tidak ramai rakan di sekolah.

Dia berkongsi perkara itu ketika tampil dalam podcast Producer Yoon Ilsang.

Tambahnya, dia juga jarang hadir ke sekolah sehingga tidak mengenali nama semua rakan sekelas walaupun sudah berada di penghujung penggal persekolahan.

Jelas Tzuyang, suasana sekolah membuatkannya berasa tertekan meskipun mempunyai beberapa orang teman rapat.

Pengakuan itu turut mencuit hati apabila dia memberitahu hanya datang ke sekolah untuk mengambil makanan percuma yang disediakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tzuyang derita sakit mata sejak kecil, berisiko buta sepenuhnya

ARTIKEL BERKAITAN: Youtuber dedah jadi mangsa dera, bekas kekasih puas kaut RM13.6 juta bunuh diri

“Banyak hari saya ponteng dengan berpura-pura sakit. Saya rasa sangat sukar untuk menyesuaikan diri.

“Hari Rabu adalah hari wajib ke sekolah disebabkan makanan. Saya akan datang ke sekolah pada waktu tengah hari,” ujarnya berseloroh.

Untuk makluman, kebanyakan sekolah di Korea Selatan menyediakan makanan percuma kepada pelajar hasil subsidi kerajaan bagi memastikan kebajikan dan pemakanan mereka terjaga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain