suria

Terlepas nikmat zaman remaja punca Macaulay Culkin pilih rehat panjang, populariti buat hidup terbatas

Macaulay Culkin nak hidup tenang sebagai orang biasa dengan keluarganya.

PERNAH mencipta fenomena menerusi filem Home Alone ketika masih usia 10 tahun, pelakon Macaulay Culkin bagaimanapun memilih untuk menjauhkan diri daripada dunia seni apabila dia meningkat remaja. 

Mendedahkan perkara tersebut, Macaulay, 45, memberitahu dia punya alasan sendiri untuk mengambil tempoh rehat pada tahun 1994. 

Menurutnya populariti yang diraih pada usia terlalu muda membuatkan hidup terasa sunyi serta terbatas. 

Macaulay Culkin memilih untuk menjauhkan diri daripada dunia seni

“Saya mahu bercinta, bergaul dan pergi ke parti seperti remaja yang lain,” katanya.

Tambah Culkin, dia kehilangan peluang merasai zaman remaja normal sewaktu lakonannya mendapat kejayaan besar menerusi filem Home Alone dan Home Alone 2 sekali gus meletakkan namanya di puncak populariti sejak kecil.

Filem Richie Rich yang pernah ditayangkan pada 1994 menjadikan karya terakhirnya sebagai pelakon cilik, sebelum dia memilih untuk berehat dalam dunia hiburan pada usia 14 tahun bagi menikmati kehidupan remaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 33 tahun, harga rumah filem ‘Home Alone’ melonjak lebih 400 peratus

ARTIKEL BERKAITAN: Berang dituduh jadi perempuan simpanan, Aura Kasih sedar imej seksi punca gosip liar

Selepas tempoh berehat, Culkin dilihat kembali aktif ke industri hiburan menerusi  beberapa projek kecil dan filem indie, selain pernah mencuba nasib dalam bidang muzik.

Keputusan itu menyaksikan Culkin terpaksa melepaskan momen indah sewaktu usia remaja termasuk kebebasan untuk bersosial tanpa perhatian umum.

Namanya kembali menjadi perhatian pada 2021 menerusi siri American Horror Story: Double Feature, selain terlibat dalam filem animasi Zootopia 2.

Kini, Macaulay Culkin menjalani kehidupan lebih tenang bersama pasangannya, Brenda Song, serta dua cahaya mata mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain