suria

Berang dituduh jadi perempuan simpanan, Aura Kasih sedar imej seksi punca gosip liar

Aura tidak terlepas menjadi sasaran kecaman netizen.

GAYA hidup mewah pelakon dan penyanyi Aura Kasih sering menjadi tumpuan ramai sehingga ada yang menuduhnya sebagai perempuan simpanan kepada golongan lelaki kaya.

Berang dengan tanggapan buruk itu,  Aura, 38, menegaskan setiap harta yang dimiliki adalah hasil titik peluh sendiri.

Dia dalam masa sama mengingatkan orang ramai supaya melihat perjalanan kerjaya seninya sebelum  membuat andaian.

Aura sering berkongsi gambar percutian mewah ke luar negara. 

"Tengok di YouTube, sinetron saya banyak. Tawaran kerja juga banyak," katanya menepis dakwaan berkenaan.

Baginya, setiap kemewahan yang diperoleh kini adalah sebagai satu bentuk penghargaan buat diri sendiri selepas penat bekerja.

Aura dalam masa sama tidak menolak dia menjadi sasaran tanggapan buruk orang ramai kerana membawa imej seksi.

ARTIKEL BERKAITAN: Madu Inara Rusli nekad mahu cerai, tak mahu hidup berpoligami 

ARTIKEL BERKAITAN: Status janda jadi perhatian, Natasha Rizky kerap dijodohkan dengan artis

Malah statusnya yang masih belum berkahwin juga antara faktor dia sering menjadi tumpuan dan buah mulut orang ramai.

"Mereka menghakimi kerana saya single, wanita dan berimej seksi. Mereka fikir saya melakukan perkara yang aneh sehingga menjadi sasaran gosip tidak benar," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain