suria

Status janda jadi perhatian, Natasha Rizky kerap dijodohkan dengan artis

Natasha Rizki risau dengan statusnya sebagai ibu tunggal.

PELAKON Indonesia, Natasha Rizky mengakui bimbang statusnya sebagai ibu tunggal akan membuatkan netizen gemar ‘menjodohkan’ dia dengan artis. 

Terbaharu Natasha ‘dikenenkan’ dengan pelakon Andre Taulany susulan keserasian mereka ketika menjayakan sebuah projek.

“Saya pun tak tahulah. Sebenarnya tak ada masalah pun netizen nak buat apa-apa. Saya reda sahaja dengan ketentuan Allah,” katanya.

Ramai netizen golongan lelaki yang ingin mencuba nasib menjadi buah hati Natasha.

Aktris yang mesra disapa Caca itu turut berasa takut apabila dianggap sebagai wanita idaman ramai lelaki. 

Dia tidak mahu hanyut dengan pujian dan sentiasa berdoa agar berada dalam perlindungan  Tuhan.

“Sebenarnya saya takut kalau ada yang anggap begitu. Tapi tak apalah. Doakan semoga Allah menjaga saya,” katanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dakwa hamil hasil hubungan bersama pelakon, dipaksa makan ubat gugurkan kandungan

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tahu alamat rumah Mahalini di Bali, siap masuk dalam Google Maps

Dalam masa sama, Natasha Rizky tidak menjadikan soal percintaan sebagai keutamaan hidupnya. 

“Saya hanya fokus pada diri sendiri dan anak-anak,” ujarnya.

Natasha sah bercerai dengan Desta Mahendra pada 19 Jun 2023 selepas 10 tahun berkahwin dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain