PERKAHWINAN pasangan pelakon Kim Woo Bin dan Shin Min Ah terus menjadi bualan dalam kalangan peminat setia mereka.
Bukan hanya tentang kisah romantis sepanjang 10 tahun bercinta, tetapi juga kos majlis hari bahagia mereka yang dianggarkan berjumlah 700 juta won atau sekitar RM2.03 juta.
Antara yang menarik perhatian pastinya gaun pengantin yang dipakai Min Ah, dikatakan daripada koleksi pereka Elie Saab dengan harga sekitar RM126,000.

Woo Bin dan Min Ah kini bahagia sebagai pasangan suami isteri.
Melengkapkan gaya mewah pengantin, Min Ah juga memakai aksesori rantai dan anting-anting jenama Louis Vuitton yang dianggarkan berharga RM1 juta.
Selain itu, Woo Bin turut memakai cincin pernikahan jenama sama berharga RM44,000.
Turut mencuri tumpuan adalah cenderahati untuk tetamu yang hadir, berupa wangian dan kosmetik jenama mewah, yang dianggarkan berjumlah ratusan ribu ringgit.
ARTIKEL BERKAITAN: Sedekad bercinta, Kim Woo Bin dan Shin Min Ah berkahwin
ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun setia bersama, Shin Min Ah dan Kim Woo Bin kahwin Disember ini
Tidak hanya itu, lokasi majlis mereka yang berlangsung di Hotel Shilla, Seoul pada 20 Disember lalu turut menunjukkan kemewahan pasangan tersebut.
Sebelum ini, seorang pempengaruh Korea Selatan pernah mendedahkan kos untuk mengadakan majlis resepsi di hotel berkenaan adalah sekitar RM550,000.
Selain mengeluarkan kos besar untuk majlis berkenaan, pasangan ini juga berbesar hati menyalurkan sumbangan berjumlah hampir RM900,000 kepada dua badan kebajikan sebelum menjelang hari perkahwinan mereka.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


