suria

Tylor Chase pilih hidup gelandangan, tolak sebarang bentuk bantuan kerajaan

BEKAS bintang Nickelodeon, Tylor Chase yang kini hidup sebagai gelandangan di California, Amerika Syarikat dilaporkan menolak semua tawaran rawatan serta tempat tinggal disediakan pihak berkuasa.

Memetik laporan TMZ, Tylor enggan menerima sebarang bantuan untuk dirinya termasuk rawatan kesihatan mental. 

Menurut pihak polis Riverside, Tylor sering berinteraksi dengan pegawai sekurang-kurangnya sekali seminggu mengenai keadaannya. 

Tylor sudah lama menjadi gelandangan.

Mereka juga mempunyai unit khas untuk membantu individu tanpa rumah, namun keputusan untuk menerima bantuan terletak sepenuhnya di tangan Tylor.

Walaupun hidup di jalanan, Tylor dilaporkan bersikap mesra dan tidak menimbulkan masalah setiap kali berurusan dengan pihak polis. 

Video dirinya yang tular di media sosial turut dimaklumkan kepadanya, namun dia dikatakan tidak kisah dengan perhatian tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu bintang terkenal, kini hidup gelandangan

ARTIKEL BERKAITAN: Sikit sangat bagi gelandangan sedekah, netizen kecam Selena Gomez kedekut

Sebelum ini, tular di media sosial keadaan Tylor yang berpenampilan lusuh dan tidak terurus, memakai seluar jeans koyak dan baju T kelabu sekali gus meraih simpati ramai.

Untuk info, Tylor dikenali ramai menerusi wataknya sebagai Martin Qwerly dalam siri popular Ned’s Declassified School Survival Guide, yang disiarkan dari 2004 hingga 2007.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain