SEORANG wanita berusia 50-an ditahan selepas disyaki cuba menceroboh kediaman penyanyi Jungkook di Daerah Yongsan, Seoul, Korea Selatan.
Insiden tersebut merupakan kes pencerobohan ketiga yang dilaporkan membabitkan rumah anggota kumpulan BTS itu sepanjang tahun 2025.
Menurut Balai Polis Yongsan, wanita berkenaan yang merupakan warga Jepun disiasat atas dakwaan cubaan memasuki rumah orang lain tanpa kebenaran.

Wakil Jungkook bakal bantu siasatan polis.
Selain itu, pihak polis turut menjalankan siasatan terhadap wanita terbabit berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang pengintipan, susulan laporan yang dibuat oleh pengadu.
Bagaimanapun, siasatan lanjut masih belum dapat dijalankan sepenuhnya kerana wanita tersebut dipercayai telah pulang ke Jepun.
Berdasarkan laporan, suspek didakwa menekan kod kekunci pintu rumah Jungkook berulang kali dalam tempoh tiga hari, iaitu antara 12 hingga 14 November lalu, dipercayai dengan niat untuk memasuki kediaman tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Jungkook BTS dikecam, didakwa abaikan anjing peliharaan
ARTIKEL BERKAITAN: Jungkook BTS tak boleh duduk diam, rupa-rupanya hidap ADHD
Sebelum ini, pada Ogos, seorang wanita warga Korea Selatan berusia 40-an ditangkap selepas cuba menceroboh rumah Jungkook.
Manakala pada Mac lalu, seorang wanita warga China turut ditahan selepas melakukan perbuatan yang sama.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


