PEMUZIK dan komposer Ahmad Dhani meluahkan hasrat untuk menambah bilangan ahli keluarga dengan mengambil anak angkat.
Menurut Ahmad Dhani, 53, selama ini dia sudah memasang niat untuk menjaga seorang kanak-kanak dari Gaza yang sudah menjadi yatim piatu.
Bukan hanya atas dasar simpati, malah dia juga menganggap ia adalah satu kewajipan untuk membantu membesarkan anak yang sudah kematian ibu bapa.

Niat ikhlas Ahmad Dhani dan Mulan mahu bantu anak di Gaza.
"Rancangan saya mahu mengambil anak angkat dari Gaza," katanya ringkas kepada media di Indonesia.
Meskipun baru sahaja mengambil seorang anak angkat, namun ia bukan penghalang untuk dia bersama isterinya membesarkan anak kecil lain.
Tambahnya, keputusan untuk mengambil anak angkat itu untuk mengisi kekosongan di rumah selepas semua cahaya mata lain sudah semakin membesar.
ARTIKEL BERKAITAN: Kisah lama diungkit lagi, Virgoun akui silap pernah curang... Mohon jangan kaitkan dengan kontroversi Inara Rusli
ARTIKEL BERKAITAN: Harap bertemu arwah bapa dalam mimpi, Marshanda hanya mahu ucap 'selamat tinggal'
"Saya baru ambil anak angkat. Saya tidak tahu siapa ibu bapanya kerana diambil dari rumah kebajikan.
"Kami ambil anak angkat untuk gantikan Al, El dan Dul yang kini sudah besar," jelasnya.
Sebelum ini isterinya iaitu Mulan Jameela berkongsi khabar gembira tentang ahli keluarga baharu mereka yang diberi nama Siti Aminah.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


