PELAKON dan penyanyi Marshanda masih belum mampu menahan kesedihan atas pemergian bapanya, Irwan Yusuf, yang meninggal dunia pada 29 November lalu.
Menurut Marshanda, atau Andriani Marshanda, 36, kehilangan insan tersayang itu meninggalkan luka yang cukup mendalam dalam hidupnya.
Malah, jika diberikan peluang kedua, dia berharap dapat bertemu semula dengan arwah bapanya itu meskipun hanya dalam mimpi.

Marshanda masih berduka atas kehilangan bapa tercinta.
“Kadang-kadang terfikir, boleh tidak saya berjumpa dengannya lagi walaupun dalam mimpi.
Cuma ingin mengucapkan selamat tinggal kepadanya,” katanya.
Tambah pelakon sinetron Bidadari itu, dia kini cuba belajar menerima takdir, malah tidak memaksa diri untuk kelihatan kuat atas pemergian bapa tercinta.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini turut berkongsi bahawa bapanya meninggal dunia akibat pernafasan berhenti dan terkena serangan jantung ketika sedang tidur.
ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu sedih selepas tunang meninggal dunia, Marshanda terfikir nak hilangkan diri...Mahu jual semua identiti
ARTIKEL BERKAITAN: Puasa 21 jam dan amal IF, Marshanda berjaya turun berat badan 20 kilogram
Pemergian itu sangat mengejutkan kerana arwah tidak menunjukkan sebarang tanda sakit serius sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Kami semua terkejut sebab ia berlaku secara tiba-tiba, arwah tidak mengalami sebarang sakit kronik,” ujarnya.
Bagaimanapun, Marshanda bersyukur kerana masih sempat meluangkan masa bersama sebelum bapanya meninggal dunia.
Dalam masa sama, dia turut mengimbau kenangan indah bersama arwah yang kini menjadi pengajaran paling berharga buat dirinya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube


