suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Raisa, Hamish Daud sah cerai... Sepakat hak jagaan anak

Raisa sah bercerai dengan Hamish selepas lapan tahun berumah tangga.

PENYANYI Raisa sah bercerai dengan suaminya, pelakon Hamish Daud, pada Isnin.

Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Agama Jakarta Selatan secara verstek, iaitu ketetapan yang dibuat kerana ketidakhadiran salah satu pihak. 

Difahamkan, keputusan itu diputuskan selepas Hamish gagal hadir dalam beberapa persidangan perceraian mereka.

Raisa (kiri) dan Hamish sepakat untuk berpisah.

Raisa (kiri) dan Hamish sepakat untuk berpisah.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam yang mewakili Raisa, yang turut memberitahu bahawa kedua-dua pihak sepakat dalam hal penjagaan anak.

“Sudah diputuskan secara verstek. Permohonan Raisa diluluskan dan perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami memilih untuk menempuh jalan masing-masing” - Raisa dedah bercerai dengan Hamish Daud

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Raisa didakwa curang di aplikasi Pinterest, simpan rekaan ‘future house’ dengan wanita muda

“Soal hak penjagaan anak, mereka sepakat menjalankan co-parenting,” ujar peguam yang dikenali sebagai Putra Lubis.

Raisa sebelum ini membuat permohonan cerai terhadap Hamish pada Oktober lalu.

Untuk rekod, mereka mendirikan rumah tangga pada 3 September 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, iaitu Zalina Raine Wyllie, 6 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain