PELAWAK Park Na Rae membuat keputusan untuk mengambil tempoh rehat daripada sebarang aktiviti seni susulan kontroversi yang melibatkan dirinya.
Dalam satu video yang dimuat naik, Na Rae, 40, memberitahu bahawa dia enggan menimbulkan beban kepada mana-mana pihak, terutamanya berkaitan kerjaya seni.
“Saya memandang serius kebimbangan yang telah saya timbulkan kepada ramai pihak akibat isu-isu yang berlaku baru-baru ini.

Nama Na Rae kini menjadi bualan ramai.
“Disebabkan perkara itu, saya telah secara sukarela menarik diri daripada semua program,” katanya.
Nama Na Rae sebelum ini menjadi sebutan ramai susulan dakwaan dia memberi layanan buruk terhadap bekas pengurusnya ketika mereka masih berada di bawah pengurusan yang sama.
Berhubung perkara tersebut, dia turut menegaskan bahawa segala-galanya diserahkan kepada prosedur undang-undang yang kini sedang berjalan.
ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan melampau Park Na Rae bawa padah, bekas pengurus failkan saman... Berang kerja seperti pembantu rumah
ARTIKEL BERKAITAN: Rumah masuk perompak, Park Na Rae masih terkejut sehingga alami tekanan emosi
Dalam masa yang sama, dia memilih untuk mengunci mulut bagi mengelakkan salah faham terhadap mana-mana pihak.
“Berkenaan perkara yang sedang dibangkitkan ketika ini, terdapat aspek yang memerlukan pengesahan fakta secara tenang, dan prosedur undang-undang telah pun dimulakan.
“Sepanjang proses ini, saya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan atau penjelasan tambahan,” ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


