PELAWAK Park Na Rae berdepan tindakan saman yang difailkan oleh bekas pengurusnya selepas dia didakwa menyebabkan kerugian ketika tempoh mereka bekerja bersama.
Tuntutan tersebut dibuat oleh sekumpulan individu yang kurang senang kerana mereka menerima layanan buruk ketika menguruskan kerjaya pelawak tersebut.
Tidak hanya itu, mereka juga difahamkan telah membuat permohonan penyitaan sementara yang dikenakan ke atas hartanah milik Na Rae berjumlah kira-kira RM280,000.

Na Rea dikatakan bersikap kasar terhadap pengurus.
Bekas-bekas pengurus itu menuduh Na Rae melakukan buli di tempat kerja, serangan, penggunaan preskripsi perubatan melalui orang lain, serta kegagalan membayar semula perbelanjaan berkaitan kerja.
Dia didakwa menyuruh mereka melakukan pelbagai urusan peribadinya seperti membeli makanan ringan, membersihkan kediaman selepas parti dan menghadiri sesi minum tanpa kerelaan mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun tiada pasangan, Jackson Wang lepaskan ‘kepuasan sendirian’... Ramai faham maksud sebenar
ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Jepun teruk dikecam netizen, diejek hodoh serta terima ugutan bunuh lengkap tarikh kematian
Malah, Na Rae juga dilaporkan memaksa mereka bersiap sedia selama 24 jam sehari seolah-olah bekerja sebagai pembantu rumah.
“Kos yang ditanggung semasa menjalankan tugas syarikat tidak diganti semula dengan sewajarnya. Ada juga kes dia tidak membayar bahan makanan atau pembelian alkohol,” ujar salah seorang bekas pengurus yang memfailkan saman.
Lebih teruk lagi, seorang bekas pengurus juga mendakwa dia pernah dicederakan akibat gelas yang didakwa dilempar Na Rae ketika marah hanya kerana dia tidak minum alkohol.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


