PENYANYI Mijoo berkongsi pengalaman pernah ditipu oleh sebuah agensi pengurusan ketika mula menceburi dunia hiburan.
Menurutnya pihak berkenaan menggunakan helah untuk mencari artis baharu namun mereka tidak berbuat apa-apa sepanjang tempoh latihan.
"Ketika masih di sekolah menengah, saya menghadiri uji bakat untuk sebuah syarikat baharu. Tetapi rupanya ia adalah satu penipuan.

Mijoo sanggup bayar ganti rugi.
"Mereka menyuruh kami duduk di pejabat sepanjang hari dan langsung tidak melatih apa-apa. Kami hanya disuruh duduk sahaja," katanya dalam satu temu bual.
Tidak hanya itu, Mijoo turut diberi amaran untuk membayar ganti rugi sekiranya meninggalkan agensi berkenaan dalam tempoh tersebut.
Merasakan seperti ada yang tidak kena, Mijoo akhirnya nekad untuk mengundur diri meskipun terpaksa berdepan kerugian membayar denda.
ARTIKEL BERKAITAN: Jualan tiket perlahan, Rain cemas lihat banyak kerusi kosong menjelang konsert
ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan selebriti jalani hidup ‘perkahwinan bermusim’, sering gaduh bila bersama… Banyak kali fikir nak cerai
"Mereka mengatakan telah melaburkan wang kepada kami dan jika mahu meninggalkan agensi itu, kami perlu membayar penalti.
"Perkara itu sangat menjijikkan sehingga akhirnya saya membayar penalti tersebut dan meninggalkan tempat berkenaan," ceritanya.
Mijoo yang juga merupakan bekas anggota kumpulan Lovelyz kini memulakan langkah baharu bersama syarikat pengurusan AOMG yang banyak menguruskan kerjaya artis genre hip hop.
Baginya ia satu permulaan yang lebih bermakna dalam kerjaya seni.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


